Lama sungguh tak update blog ni dek kesibukan tugas sbg seorang WANITA... cewah... eh, tugas ape tu? hehehe... tugas ni kalau diikutkan mmg takkan berkesudahan kan, never ending story la kirenye. Tapi takpe wahai wanita, tugas ni jika digalas penuh rase tanggungjawab & iklas, insyaallah besar rewardnya. Kalau nak ckap pasal kesibukan ni, org pompuan la rasenye x dpt dikalahkan tahap kesibukannya. Tak gitu? Kalau nak senarai, mmg pnjg berjela... ditambah dgn sesi bergosip kt ofis, pastu smbung kat umah dgn jiran2, shopping, FB, tgok blog masakan, bla, bla, bla... x ke busy namenye tu! Hahaha.... tp wahai wanita, dlm kita dok sibuk tu, jgn la plak smpai kite abaikan / terabai scr x sengaja keluarga terchenta. Tanggungjawab kita memberikan kasih syg especially pd anak2, jgn kita terlupe plak... dah le seharian diorang dok kat daycare / tgal dgn bibik, balik umah je terus kena marah dgn umi & babah, kena suruh buat itu ini... ego rupenye mak bapak ni yek!
Spatutnya kita ni curi masa kite yg AMAT BERHARGA tu utk main2 dgn diorang dlm stengah jam, spy diorang rase DIHARGAI... pastu barula suruh diorang mandi ke, ngaji ke, buat homework ke, tanpa diorang rasa stress & terpaksa... Tp kite buat tak mcm tu? Tak pe, kalau belum buat, mari la kite sama2 start amalkan, tak susah mana pun ye tak? Insyaallah, kalu niat kita iklas, semuanya bisa beres!
Hmm, alang2 dah cakap pasal anak2 ni, nk share sket pasal kisah ANAK DERHAKA ni, ape punca2nya... mcm mana kita nak elak anak kita jd derhaka, nauzubillah. Sy share note ni dr FB sorg sahabat... yg baik jd kan tauladan. Sama2 la kita mendapat manfaat, insyaallah. Selamat membaca...
Sabda Rasulullah saw:
Berguraulah dgn anak kamu kala usianya 1 hingga 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.
Lepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran). Di mana yg nak dipukul itu? Tapak kakinya... bukan muka, punggung, telinga atau tmpat2 yg sensitif... itu salah...
"Jika dia bijak & menang dlm sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan"
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun, jadikan kawan. tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.
"Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang berjemaah bersama, latih cium tangan & peluk penuh kasih sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka."
"Saya pernah tinjau, anak2 yg lari dari rumah berpunca dari rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, dah disuruh macam2. Si anak rasa tertekan dan menyampah dgn persekitaran dan rumah. Boleh disuruh, tapi berikan hak mereka di rumah. Yg penting dia balik rumah rasa suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tak rapat dgn anak2 sebab sibuk. Tp boleh cuba cara lain, misalnya balik tgh mlm anak2 dah tidur, pergi ke bilik & cium dahinya. Hubungan rohani ttp subur, walau pun anak tidur, tapi jiwanya sentiasa hidup."
"Jgn ditunjuk sikap kita yg baran, pemarah & ada kuasa veto kpd anak2, jgn suka herdik mereka, terutama dgn sumpah seranah yg merupakan doa kpd mereka. Inilah yg menyebabkan mereka menderhaka kpd kita..."
Mudah sebenanye kan utk dipraktikkan? Cuma kita yg byk alasan. Bg kita, anak2 spatutnya paham yg ibu bapa ni sibuk 24 jam, tp pnh tak kita plak cuba paham diorang? Diorang SUNYI dr perhatian kita, ada kita paham? Renung2kan... Mudah2an n3 ni dpt mengingatkan sy dan sahabat semua sekiranya kita alpa selama ni... dan sebagai ibu bapa marilah kita sama2 sentiasa mendoakan anak2 kita mjd anak yg cemerlang, dunia & akhirat. Amin.