I choose to be happy

I choose to be happy

Sunday, November 20, 2011

PROUD TO BE A MOM.... DON'T YOU?

Salam hujung minggu... 

Last week, saya attend majlis anugerah kecemerlangan sekolah kakak, sbb dpt invitation yg lebih kurang mcm ni la bunyi nye: "Anak tuan/puan terlibat dalam penerimaan hadiah/persembahan sempena majlis tersebut".  Tp "penerimaan hadiah" dipotong sbb x berkenaan... hahaha... maksudnya saya attend sbb kakak buat persembahan pd majlis tersebut.  Even mcm tu, sy still bangga.  At first sebenanye malu nak pegi, sbb kakak x dpt hadiah... Tp bile difikir semula, x baik la plak nak punish dia mcm tu.  Sdgkan she has been trying very hard all this while to do her best.  Apa2 pun sy tetap bangga jugak, sbb persembahan tarian yg dia masuk tu sebenanya menjuarai kategori Tarian Tradisional pertandingan tarian antara skolah2 peringkat daerah kuantan... not bad bdk ni menari :)



video ni babah rakam gune hp COKIA dia jek... siap dengar suara dia lg... hehehee
alissa, baris belah kanan, belakang skali.... 

Selang seminggu, sy kena attend majlis kecemerlangan skolah Afiq plak...  2 mgu sblum majlis, afiq dah bg tau yg dia dpt anugerah, bukan 1 tp 2 tau... tp saya n hubby mcm tak pecaya.  so kitorang buat2 biasa je la.  (teruk tak we all? tak pecaya anak sndiri dpt hadiah, apa daa....).  A week before the day, afiq bawak balik invitation letter, tp surat tu just bg tau "Anak tuan/puan terlibat dgn majlis anugerah kecemerlangan".  Tak plak dia mention, terlibat mcm mane.  Tp we all dah mula pecaya sket la.. heheh.  Tp still musykil ni.  

Few days lepas tu, afiq bg tau "nnt kena ambik gamba kat skolah, utk sape2 yg dpt hadiah, ummi".  Betul ke afiq ni?  Tp we all layan kan aje, but at the same time we all prepare la gak, sbb dah mula konfiden yg dia mmg dpt adiah:).  Selang few days pastu, my hubby g skolah afiq (sbb nak amik duit RM100 tu... yeayy!!), smpat la dia tanye kat cikgu kelas afiq, betul ke afiq dpt anugerah? Cikgu kelas dia boleh jawab "tak tau la... hadiah matapelajaran terbaik kot".  Aikk??? We all dah x konfiden smule ni! Takkan cikgu kelas dia x tau kot!!!  Tak pe la, we all decide to follow with the flow la, just attend the majlis, kalau x dpt anugerah pun no harm to attend kan! Dlm ati, kalau boleh biarlah afiq dpt... hehehe...  

On the day.... syukur alhamdulillah.  Tak sangka, tp sgh berbangga.  Yeay, finally afiq did it... Congrats my big lil boy! Hug & kisses.. mmmuahhhh..... 




As a mom, saya rasa sgt bangga dgn anak2 sy.  Hope kebanggaan ni berterusan dan ummi doakan kakak & afiq mjd anak yg cemerlang, dunia & akhirat.  Amin.

Daaaa.... & stay tuned!

Wednesday, November 16, 2011

::CINTA PERLUKAN "SEBAB"?::

Salam... wordless wednesday.  Nothing to be told... but still wanna share sumthing here.  Kenapa cinta tak perlukan sebab... Read till end.

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar:

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….

Moral: janganlah bercinta kerana bersyarat... 



Stay tuned.  Daa.....

Monday, November 14, 2011

KOLESTEROL...

N3 kali ni saya nak share pasal KOLESTEROL.  Sekali sekala nak citer pasal kesihatan, boleh kan?  Kenapa sy nak share pasal kolesterol?  Sbb kolesterol ni sgt bahaya.  Jgn salah anggap yea, tak semua yang mempunyai kadar kolesterol yg tinggi BERTUBUH GEMUK!  Ada jugak yg kurus slim-melim, kolesterolnya sgt tinggi tau...

A.W.A.S.!!!

Kandungan kolesterol dlm darah yg tinggi boleh mengganggu kesihatan jantung.  Peningkatan kolesterol dlm darah disebabkan oleh pemakanan seharian kita.  Biasanya kolesterol ni dtg pd org yg makan makanan yang mengandungi lemak berlebihan... So, kurang2kan pengambilan lemak yea kawan2....

Kolesterol yg tinggi dlm tubuh mmg bahaya.  Kenapa? Sbb boleh menyebabkan pembuluh darah jantung tersumbat & seterusnya terjadilah serangan jantung ataupun radang jantung.  Bahaya kan?  Lg satu, kolesterol yg tinggi ni jgak boleh menyebabkan pembuluh darah otak jugak tersumbat, and can cause stroke as well.  Bahaya nye!!!

Apa yg menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah? 

Selain makan makanan yg tinggi kandungan lemaknye, faktor genetik.... 

Eceli, ada 2 jenis kolesterol dalam badan kita ni, LDL & HDL:

LDL = mendap pd dinding pembuluh darah, bleh membeku & menyebabkan tersumbat
HDL = membersihkan pembuluh darah dr LDL yg berlebihan.  Kalau HDL tinggi, tak pe... baik utk tubuh. 
Yg kita takut kalau LDL tu yg tinggi...

Ish, ape nak dimakan kalu cm tu? Yg ni x boleh, yg tu x boleh... Stress ni!  Jgn risau, ada makanan yg boleh kurangkan kolesterol... Yg penting apa yg kita makan tu adalah  makanan yg rendah lemak & kolesterol... Antaranya:

1. Banyakkan buah2an dan sayur2an
2.  Bijirin - nasi, gandum, pasta
3.  Daging tanpa lemak, daging putih - ayam tanpa kulit
4.  Susu rendah lemak
5.  Ikan tanpa lemak & kerang
6.  Berbagai jenis kekacang & bijian - dlm jumlah yg terhad yea...
7.  Minyak masak tidak tepu - kanola, minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak sawit

Selain itu, boleh juga diamalkan makan sesudu minyak zaitun (yg EXTRA VIRGIN tau)  setiap hari, pagi & petang (Saya amalkan yg ini).  Kita juga boleh ubah cara memasak, kurangkan jenis masakan bergoreng, tukar kpd masakan kukus & grill.  Kalau tringin nak makan kari or nasik lemak, boleh gantikan santan kelapa dengan SANTAN KELAPA SAWIT.  Kandungan kolesterol santan sawit sangat rendah berbanding santan kelapa.  Saya pun dah tukar kpd santan kelapa sawit :)

Jom hidup sihat!!! Tukar style pemakanan, amalkan gaya hidup sihat & bersenam.  CEGAH SEBELUM PARAH... 
psstt: Dah mcm msg KKM plak :D

Stay tuned... daaaa....

M.O.O.D.L.E.S.S. M.O.N.D.A.Y.

Moodless tak??

Dah namanya Monday, semalamnye Sunday... masih mencari2 mood utk memulakan kerja.  Aikk, dah masuk opis since 7.30 pg (wah, gaye mcm semangat je nak pegi keje, awal smpai opis tu!), tp moodnya masih belum ade?? Hehehe.... mood dtg opis tu ade, cume yg takdenye ialah mood nak bekerja!  Tp nak buat cm ne, ade mood ke tak, keje ttp kena siapkan.  Betul tak? Tp smntara nak ambik feeling buat keje tu, saya conteng la blog saya ni dulu... (Alasan... alasan... alasan...)


Ok, topik yg nak digosipkan ari ni, hmmm.... sesuaikah?  SELFISH... pentingkan diri sendiri, tanpa langsung peduli ttg org lain.  Apa pendapat u all ttg org2 yg sentiasa SELFISH ni?  Bg saya, SELFISH tu perlu jgak, tp kena sesuai pd tempatnya, dan jgn smpai org menyampah kat kita la kan! Bertempat mcm mane? Contohnya, kalau ade kawan yg mintak tolong kita ajar depa, sbb exam dah dekat.  Kalau ajar sket2 tak pe la jugak, ni tidak, hampir sume bab suruh kita ajar dia.... Abis tu, kita ni tak yah study ke?? Haaa... kalau cm ni punye kes, wajarlah kita selfish.  Bukan ape demi masa depan kita jugak.... Takkan sbb nak jaga ati kawan, kita smpai tak sempat nak ulangkaji plak kan.  Betul tak?? Bg saya, dlm kes ni, kawan kita tu yg sebenarnya selfish, tanpa mengira yg kita jugak sebok nak exam, dia dgn senang ati nya suruh kita ajar A to Z! No way!!! Selfish kah saya kalau cm tu???  Itu la maksudnye selfish bertempat dan perlu ada dlm diri kita :)

Selfish ni sebenarnya penyakit hati & jiwa yg KRONIK.  Pengidap (aiseh, term tak kaloh!) selfish ni mmg susah nak ubat, melainkan diubati jiwanya.  Pengidap akan selalu berasakan yg dia perlu sentiasa dijaga hati & kepentingannya, dan merasakan yg diorang ni sentiasa betul & tak pernah buat salah.  Kesian betul pd diorang kan...  Harap2 kita semua jgn la jadi cm ni, bukan ape, dah le kita sakitkan hati org lain, pastu org akan nyampah dgn kta.  Seronok ke kita hidup dalam "kemenyampahan" (bahasa ape ni? heheh.... paham kan?) org lain?  Ya Allah, mohon hamba dijauhkan dgn penyakit jiwa ini. Amin.

Tp yg saya paling takut adalah, ade ketikanya kita tak sedar yg kita sedang mementingkan diri sendiri.  Macam mane tu? Pernah tak u all potong Q dkt trafic light ke, masa jammed ke? Pernah tak korang buang smpah dr kereta ke? Pernah tak korang nmpak xciden, tp tak berenti pun utk bantu?  Haa... tu antara contoh2 sikap pentingkan diri tp yg kita tak sedar la tu... Kalau berlaku pd kita, maksudnya kita dah MENGIDAP SELFISH! Cuma x berapa kronik & kritikal... hehehe... 

Yg kritikal tu mcm: dgn sengajanya tak dtg atau tak buat sesuatu task sdgkan kita tau bahawa ada org yg akan susah akibat kita tak dtg atau tak buat task tu.  Mmg obvious la kan, saje carik pasal nak jd SUBJEK yg diumpat, dicaci, dikutuk & dimenyampahkan oleh org lain!  Spesis yg ini mmg KRONIK dan perlu DIRAWAT JIWANYA!  Nauzubillah, saya tak nak tergolong dalam org yg cm ni kan...  Kawan2, ingtkan saya kalau saya ada bersikap mcm ni tau (mintak2 tak de la kan...).   SAY NO TO SELFISH!



Ok, stay tuned & c u next entry... daaaaa

Sunday, November 13, 2011

Jalan-jalan

P.E.R.A.K.
DAY #1

As promised, saya nak berkisah pasal my trip to Perak masa cuti deepavali yg lepas.  Eceli, dah lama tringin pegi Perak, x tau la nape... maybe sbb tringin nak buat photoshoot (pergh.... model kah?) kt tmpt2 menarik kt Perak tu agaknya.  Our 1st day kat Perak, just jalan2 area Ipoh... dah le ujan. Tp saya tak kire, ujan pun ujan la, saya redah jgak le, janji hajat nak berfoto situ sana sini tercapai... harusss!

Otw pegi, terjumpa jeram ni, kat area perkampungan org asli Batang Kali kot... tp tmpt ni cantik, belum tercemar gitew... sekejap jek singgah sini, tp sempat jugak la saya klik-klik kat sini dulu... hehehe...




Perjalanan diteruskan smpai Ipoh... cuaca mendung je kt Ipoh time kami smpai.  Mlmnya, saya dah booking nak tdo umah adik saya... heheh, save bajet :D  
Tp before ke rumah adik saya, we all search dulu Kellie's Castle, nak tgok jauh ke dekat dgn Ipoh.  Acdg to GPS, dlm 15 km.  Ok set, hubby kata pegi sana dulu... yeay! Smpai2 kt Kellie's Castle, diorang kata half of the area closed.  What?? Why?? Dah le kami ni jauh dr Kuantan... Takkan nak balik bodo gitu jek.  Tak mungkin 2x.  Eceli diorang bg masuk dgn syarat jgn bising, n jgn pegi ke bangunan yg lg 1.  Sbbnya? Ada KRU Production tgh shooting filem da....  Ok2, we all x bising, we all nak ambik gambo je... ngeeeeeee...



Ni la yg saya kata ada film shooting tu... diorang tgh dok shoot VIKINGDOM... sume omputis la aktor2nye :)





Sikit2 sudah ye foto2nye... ngeh3.  So, tamat suda hari pertama kat Perak. Aikk, itu jek?? Stakat g Kellie's je? Ehem2... harus diingat journey saya dr Kuantan yea... heheh... jauh tu.  Tp tak pe, lpas ni ada siri 2 plak yea... cewah, dah mcm Akasia TV3 plak, ada episod2 bagaiii! So, stay tuned utk n3 episod yg akn dtg yea, Day 2 @ Perak... lebih menarik, tertarik, dabomm.... perasan k!  

Daa.... stay tuned!

Friday, November 11, 2011

Aidiladha

R.I.A.N.G.R.I.A.  A.I.D.I.L.A.D.H.A.  2.0.1.1.

Assalamualaikum wbt semua.....

Aidiladha, atau yg kite sebut raya aji atau raya korban baru je lepas.  Meriah tak sambutan kat tempat u all?  Kebetulan raya aji kita pd hari ahad, so dpt la cuti the next day nye kan... kan... kan... Tak yah nak apply2 cuti lagi dah... hehehe... save cuti tahunan :) 

Raya aji kali ni turn saya beraya bersama family saya.  Maksudnye? Saya ngn kakak & adik pompuan saya kena prepare juadah ler... Maklum la, bonda kami dah tiada.. sob3.  Sedihkan raya mak tak de.... Ok, cukup sesi sedih2, back to the topic!  Ok, now what's the menu??? Pening weh nak pikir sensorang... so, saya pun post kat our sibling punye wall FB (cewahh, komain... ade grup FB tu... pergh, tak kaloh....) menu utk raye.  At first sy cdgkan nasik minyak (mmg haram tak tau nak buat, x pnh buat lgsg).  Senyap.  Ok, ok, sy paham... no nasik minyak please!! My kak ngah kate dia nak buat commercial rice... Commercial rice? Nasik dagang da... Yabedabedu!!!! I like nasik dagang... 

Stlh direspon oleh sibling sume, sepakat tlh diputuskan, nasik dagang la menu utama... chefnya, of kos la kak ngah saya.  Saya ambik kontrak buat kukis & pencuci mulut... Jgn tak caya, sy buat pavlova taw.... my very FIRST TIME! tp boleh la.... Bukan pavlova jek, saya jugak buat trifle, cornflakes meringue cookies & spaghetti.  Sgt puas hati dgn hasil masakan sendiri... cewah, smpat lg perasan sambil memuji diri sendiri tu!!! Uwekkk.... (sila muntah skrg).   Adik sy plak ambik kontrak buat nasik impit kuah kacang & rendang ayam.  Sedakk weh!!! 

Disebabkan sume makanan yg disediakan sodap2 blake (skali lagi, sila muntah skrg!), so kami tak pegi beraye ke mana2 pun, asik repeat makan jek... hahaha. Cakap banyak pun tak guna, nnt u all cakap saya perasan la plak kan (mmg pun).  Meh kita layan gambo je la yek... Bak kata omputis, let the pictures talk... hehehe... LAYANZZZZZZZ




ni la mende alahnye pavlova tu... tp rupe kureng la sket , pestime kan....

ni lah hasil air tangan kami tiga beradik.... makan = sedap = gemukk!!! hahahha

berjimba di rumah sendiri... maka diisi masa yg ade dgn sesi bergambo je ler.... aksi situ sana sini!
say cheese... klik... klik..
Daaa.... c u next n3. Stay tuned!

A.K.U. & M.E.R.E.K.A.

Ptg2 di kala mengantuk ni, elok jugak saya upload n3 suke2 ni... Dah namanye ngantuk kan, of koz la tak de idea nak berceloteh... tp hati rase nak menulis.  So, sambil2 buat keje & study (konfem x masuk hotak punye... ngantuk punye pasal), tetiba saya terfikir about life.  Apa yg membuat saya happy dlm hidup ni... Bile di fikir punye fikir (amboi, lamenye pikir....), yes, ini yg saya nak sume org tau....yeay! Psstt... sape yg x nak tau, sila X YAH bace ye!


WHO MAKES MY LIFE HAPPY???


Of course them.... They complete my life! Siapakah mereka?  Jeng...jeng...jeng...


#1: My the other half.... my everything.  He is not perfect, so do i... tp dia adalah kurniaan terindah dari Allah utk saya.. alhamdulillah.  Love him much...




Even we are not perfect, but we compliment each other... that makes our life complete!  Cause i'm all about him, & he's all about me :) Cewah, siap ade lagu tu... hihihi... Semoga Allah kurniakan kebahagiaan kpd kami, dunia & akhirat. Amin.
dah berumur banyak ni, baru dpt bergambo cam ni  :D  


#2:  My beautiful princess.... hehehe (like mom... perasan!).  Amboi, bergaye tak hengat... nmpak je sweet Alissa ni, tp garang nye bukan main....
Mulut ala2 becok gitu & suara pun boleh tahan besar!  Lg satu, kecik2 dah pndai bergosip, maklumla girl school agaknye (dan2 salahkan skolah, ntah2... anak sapa la ni... heheh).  Tak pun sbb dia slalu sgt dgr mak cik van skolah dia bergosip while waiting for the students kot.... again, bukan mewarisi her mom yea :)  Apa2 pun, utk kakak: ummi doakan kakak jd anak yg cemerlang, dunia & akhirat. Amin.




#3:  My BIG little boy... hahaha... not so little anymore! But always wanted to be my "little" boy sokmo.... mom's son!  Tengok, kan sy dah kata, dah besor pun nak dok atas riba ummi lg :).


Nmpak mcm ganas, tp hati lembut... cpt perasan kalau ummi nye berperasaan... His wish nak kumpul duit byk2, sbb bile besar nnt nak beli keta cantik & rumah besar yg ade laman... ni saya quote dr dia sndiri... Semua duit blnje skolah, suruh ummi simpan dlm Ambank (pd hal ummi simpan kat bank lain, sbb bank tu je dia tau agaknye... hahaha).  Tp bile nak beli ape2, paw duit ummi & babah... byk akal sket dia ni. Tp lucu.... Ummi doakan Afiq Izzuddin menjadi anak yg soleh


Bile dua-duanye bergabung, boleh bikin ummi happy....


Boleh bikin ummi senyum sendiri....



& sometimes boleh bikin ummi crazy :))

nak jugak enteprem gamba ummi ni :)


#4:  Keluarga besar saya.... (saiz?? yea betul... saiz & bilangannya yg besar) my ayah, adik bradik, ibu bapa mertua, ipar duai, anak2 sedara.  Ini yg membuatkan hidup saya lebih berwarna warni...




Without them of course I am nobody, without them I have nothing.... I would do anything for them.  Bg saya, sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.  Keluarga jugaklah tmpt yg terbaik utk kongsi susah & senang kan...  Semoga kami dikurniakan Allah kebahagiaan sebagai sebuah keluarga.  Amin.


Moral of the n3:  Sayangi & hargai keluarga anda.... mcm drama plak siap ade moral2 bagaii....  Daaaa..... c u in the next n3!  Stay t.u.n.e.d!