I choose to be happy

I choose to be happy

Saturday, April 21, 2012

Mood memasak tiada...

Mcm mane nak buat ni? Sejak 2menjak ni mmg mood masak x de.  Smpai dlm fridge pun kosong, x de bekalan raw materials... Yg ade cume frozen foods jek, tu pun yg diborong di Giant, bukan yg buat sndiri... Adoyaii... Tp sy cube mendtgkan mood semula, nk tau cmne? Mestilah bc blog masakan... verangan nk buat itu ini, tp hampeh! Harap2 mood memasak cpt2 balik... Owh yea, mlm ni masak nasik goreng utk santapan kids...ni pun digagahi jugak pegang sudip... tara...

ade leftover nasik lunch td, ckup la utk bdak ber2 tu:

Friday, April 20, 2012

10 Jenis Pekerja...

Mcm2 gaya pekerja ada.... 
Gambar sekadar hiasan...


1. Taichi 
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.
 
 
2. Boxing 
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.
 
 
3. Silat Pulut
 
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah. 
 
4. Samurai dan Cowboy
 
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.
 
 
5. Kungfu Bruce Lee
 
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.
 
 
6. Ninja 
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.
 
 
7. Rambo 
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.
 
 
8. Kungfu Jackie Chan
 
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious. 
 
9. Street Fighter
 
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.
 
 
10. WWE Wrestling
 
Bukan wrestling yang dipertandingkan di 
Sukan Olimpik tapi referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata:)




Wednesday, April 18, 2012

Piknik lagi?

.K.E.R.I.A.N.G.A.N.B.E.R.T.E.R.U.S.A.N.

Rase cm baru je uplod n3 piknik kat Chemerung Waterfall kan... Kali ni pegi piknik kt air terjun jugak, adik ipar yg suggest.  So, without proper planning (komain, planning bagaii...), we all stuju nak piknik kat Air Terjun Sg Pandan, area kuantan je la.  Mase decide tu, ati saya rase cm tak best, maklum la setau saya, Sg Pandan tu ya ampunn tak bestnye! Tp x pe. Layan kan aje la... As usual, keletung keletang la kat dapur buat juadah ape yg patut :)  And my bread pudding tu WAJIB!!! hehehe....

Hati terubat, perasaan x best ilang bila smpai kt waterfall tu.  Hmm dah ade perubahan rupenye. Tak lah ngeri cm dulu2... walau pun x le cantik mane, tp better la dari dulu!   Masuk pun dah berbayar weh... RM2 per kepala.  Tp boleh la, sbb kira upah bdak2 tu bersihkan kawasan air terjun tu...

apa2 pun begambo dulu yuk! btw, tmpatnya bersih kan...
apa yg penting KERJASAMA...

bila bekerjasama semua jadi MUDAH!!

landing kt helipad ni ke??
Semangat kan tgok anak2 n cousin2 diorang?  Happy jek memasing... Mau tak happy, nun air dpan mata... Memasing sabar jek, sbb kena tlg set kan tmpt, tp mata memasing asik dok jeling ke air... hehehe... Sabar ye anak2... siapkan  tmpt dulu!

tukar port... carik tmpat teduh n privacy sket... senang nak salin baju :)

yeay, dah ready tmpt!
Haa, kan dah kata... kalau bekerjasama semua jadi mudah & cepatkan! Apa lagi anak2, boleh ke acara seterusnya... Laju je memasing mintak izin dgn mak bapak masing2 (dh terbiasa kan)... yeehaaa...

ada slide... tp KECIK n RENDAH plak tu... boleh la...

nampak afiq tu... keriangan berterusan la katakan!


aiyoo, afiq... seksinye! happynya masing2... 

Dah jumpe air, masing2 x sedar diri dah... Makanan lgsung x disentuhnya... Hmm, sape nak makan ni?? Macam2 ada... yg WAJIB tu my own version of BREAD PUDDING... kesukaan ramai (perasan nih..)


taraaa... BREAD PUDDING!




Hmm, kena tgu diorang naik baru leh makan ni? Lapo la ummi yg dok jaga makanan & port ni! Apa2 pun, kami akan repeat... cuma x tau kat mane la plak destinasi selepas ni...

Tuesday, April 17, 2012

Let's laugh... Part 2







Pentingkah Supplement??

Mcm dah jadi tren kan skrg org ambik supplement.  Nape ye? Bila saya sembang2 dgn kawan2 ttg supplement ni, kebanyakan bersetuju bhw as woman, kena ambik supplement.  Especially utk kesihatan dalaman & utk kecergasan.  (maklum, nak jadi supermom, superwoman etc...).

Diorang ckap, better to take supplement instead of medicine.  Betul tu, i totally agree!!! Tp supplement yg mcm mane sesuai utk kita ambil ye? Takkan lah nak ambik semua, mau muntah pepagi dek kena telan puluhan kapsul supplement tu... Hehehe...  

kenyang smpi mlm kalu mcm gini... x yah brekfes pun x pe :)
Heloo, kalau u all mmg dah ambik diet yg well balanced, repeat, WELL balanced, mengapa harus ada supplement, betul tak?  Supplement a.k.a. makanan tambahan (bukan makan bertambah2 yea...) ni hanya diperlukan oleh org2 yg mmg x de mase (ye ke x de mase) nak ambik makanan yg seimbang tepat pada masa! Sila bersetuju dgn sy :)

hmm, balance tu yg susah nak cari :)

Basically, we need vitamins... Tau2 je la kan, tren makan di luar menyukarkan kita utk membuat pilihan tepat ttg vitamin ape yg kite perlu consume everyday. So, fren... ambikla apa2 vitamin yg sesuai dgn keperluan tubuh.  Kalau sy, i would suggest combination of Vitamin B, E, C utk kita yg bekerja dan perlukan kecergasan spnjang hari.. wahh giteww!  And not to forget, fish oil... ini baik utk penyakit berkaitan jantung & kolesterol.
Sama ada nak ambik vitamin semulajadi mcm ni.... 
Atau dlm bentuk yg segera n ringkas cm ni... 
Tak kisah dlm bentuk apa pun, pil ke, cecair ke... yg penting kita tau apa yg badan kita perlukan dan kuantitinya... Jgn overdose!!!

Monday, April 16, 2012

JANGAN MENYIMPAN KUKU PANJANG...

Nak share something yg nampak mcm "apa ni? ye ke? betul ke? ek eleh", remeh / simpel isunya bg sesetengah org. Tp kesannya... wow!!  So, kawan2 semua, jgn lah menyimpan kuku panjang terutamanya jika anda SEORANG IBU... perihatinlah akan kesannya.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!..oppss khinzir lembut sikit.  Just iamgine, kalau kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut….. Moralnya:  pegi potong kuku anda sekarang!

Faktanya:

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Bygkan, kalau tgn berkuku panjang itu kite gunakan utk beristinjak... yukss!!

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Teringt plak dkt seorang saudara (lelaki), kalau dia pegi ke rumah sesiapa pun, dia akan tgok tgn (kuku la sebenanya...) tuan rumah yg hidangkan air tu.  Kalau kukunya panjang, dia akan bg alasan x minum air yg dihidangkan tu (eg. maaf, sy x minum teh @ kopi @ nescafe... ikut air ape yg tuan rumah hidangkan la kan...).  Dulu sy kata dia mengada (sbb mase tu sy kecik lg), tp rupenya ada alasannya dia berkelakuan demikian.

Faktanya juga:

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Monday, April 9, 2012

An evening in Monica Bay...

Jalan2 lagi... 

Monica bay?? Kat mane tu?? Haa, jangan tak tau, Monica Bay tu dalam bahase omputis.  Kalau bahasa melayu nye Teluk Mak Nik! Kalau ikut slang ganu pantai Teluk Mok Nik... kt kemaman. Kirenye ni entri SEPETANG DI KUALA KEMAMANG la... 

Jgn tanye kenapa sy ke kemaman... cewahh! Sebenanya ke kemaman atas urusan penting, nak cari SATA ngn OTAK2 kemamang... penting tak? penting tak? haruss la penting kan... Byk kedai yg jual sata ngn otak2 spanjang jalan nak pegi ke pantai Monica Bay tu...  



murah, sebatang RM3, ada 10 ketul...
otak2 plak... yum2...

fresh sata ngn otak2 ni kan, panas lagi masa makan. tu yg best tu!! apa lg pulun la...

afiq... always be the 1st kalu bab makan2 nih...

gembira dpt makan...
  

kejap je licin...

dah kenyang, jom pegi pantai Monica sat... tgok ape yg ade....

bior betul pokcik ni, tepi pantai ni.... ade ikang dok?

weh, pokcik ni betul la, real mmg banyok ikang... cayalah pokcik!

tu dia, bukan sikit2 nih....

tolong pokcik kumpul ikan, takut ikan lompat ke laut semule :)

aikk, uncle pon...

kisah sepetang di kuala kemamang tamat di sini...  sesape nak cari sata, otak2 atau kepok lekor, rajin2 la jalan ke pantai teluk mak nik... banyk pilihan kt sana.

~Tahun melawat terengganu~







Sunday, April 8, 2012

Piknik la pulak...

Jalan2 hutan lipur Chemerong....

First time nak pegi tmpt ni... Excited sbb org kate tmpt ni best! Pegi ramai2 la baru syokk kan...  Pukul 9 gerak dr Kuantan, sbb nak smpai awal kt situ.  Maklum le, jauh jugak.. kt Paka, Terengganu and kena lalu ikut Jalan Jerangau-Jabor ke Terengganu, so tak de pemandangan indah le sepanjang jalan :) Hutan, hutan dan hutan...

hutan di kiri kanan :(

hutan lagi...

hah, nmpak tu... air terjun nun jauh di sana...

yeay, dah smpai!!!

cantik kan? dr jauh dah nampak air terjun...

aikk, bile nak smpai ni?? nmpak cm dah dekat

ladang sawit plak??

fuhh!! lega.... finally smpai.

lepak2 dulu, sementara tgu abah2 carik port yg sesuai...

bahagian bawah je ni... sesuai utk kanak2

x bahaya kat sini, esp utk anak2... 

ape2 hal pun, stenbai api dulu utk BBQ... 

anak2 boleh mandi yea...

aiyoo... hangus la babah!


naik makan dulu...


babah nak mandi pulak...

otw balik kuantan (lalu ikut pantai) singgah kt kemasik...


pantai cantik... tp bahaya utk mandi manda.


Next trip nak ke mana pulak ek? Kena buat trip list ni... tmpat2 yg ingin dilawati :)