I choose to be happy

I choose to be happy

Thursday, June 13, 2013

Tempat kerja berpotensi untuk gemuk?

Dpt artikel ni from an email. Mmm... kalu dah gemuk tu mcm2 la alasan, tmpat keje la.. stress keje la.. tension keje la... padahal dah mmg kuat makan kot? Hihi... Ok lets share...

takkan nak letak gambar haku pulak :P
Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa pejabat adalah tempat berpontensi untuk anda gemuk. Ini kerana terdapat banyak sebab berat badan anda boleh naik ketika berada di pejabat. Salah satunya anda menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak pada pekerjaan yang dilakukan menyebabkan anda cepat berasa lapar.

Menurut sebuah buku 'The Snack Factor Diet', ketika anda lapar, gula darah akan rendah dan ini akan menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah, anda akan berusaha mencari makanan atau snek.

Makan tengahari di luar juga boleh menjadi masalah kepada anda kerana anda tidak tahu berapa kalori yang anda makan. Oleh itu, ia akan menjadi punca kepada masalah berat badan kepada anda.

Di sini kami ingin berkongsi langkah-langkah untuk anda mengatasi masalah ini dan mengubah pola hidup yang lebih sihat.
KURANGKAN MAKANAN RINGAN
Walaupun snek seperti biskut dan kerepak memberi tenaga tetapi ia turut menyimpan lemak yang tidak diperlukan. Anda boleh bawa snek sihat dari rumah seperti buah, yogurt atau kacang.KURANGKAN TEH ATAU KOPI
Minum teh atau kopi sebanyak dua jam sekali atau berlebihan adalah tidak elok. Ia akan membuatkan anda merasa gelisah, mudah marah, dehidrasi dan menganggu pola tidur. Gantikan minuman ini dengan pilihan minuman lain yang lebih sihat dan kurang gula seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah.MINUM BANYAK AIR MINERAL
Walaupun anda akan sentiasa keluar masuk ke dalam bilik air, tetapi jika anda minum air mineral yang banyak anda akan dapat mengelak dari mendapat sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi, meningkatkan rasa lapar dan kulit kelihatan kusam.ELAK MAKAN MALAM
Makanlah di restoran bersama kawan selepas habis masa kerja. Jika tunggu sehingga sampai rumah, rasa lapar akan datang pada waktu malam. Jika anda betul-betul lapar, makanlah sayuran atau beberapa jenis makanan yang kaya dengan protein. Elakkan makan nasi atau roti sebelum tidur.ELAK MAKAN BANYAK PADA HUJUNG MINGGU
Sukses menjalani diet selama hampir seminggu tidak bermakna anda boleh makan sepuasnya pada hujung minggu. Lakukan rawatan di spa, membeli novel atau menonton wayang yang lebih menyenangkan sekaligus menjaga berat badan anda.

Diharap dengan tip-tip yang diberikan ini dapat membantu anda dapat menjaga kesihatan tubuh badan anda. Selamat mencuba!

Haa... tp tip2 ni mmg betol... boleh diamalkan.  Jom kurus beramai2...

No comments :