N3 kali ni saya nak share pasal KOLESTEROL. Sekali sekala nak citer pasal kesihatan, boleh kan? Kenapa sy nak share pasal kolesterol? Sbb kolesterol ni sgt bahaya. Jgn salah anggap yea, tak semua yang mempunyai kadar kolesterol yg tinggi BERTUBUH GEMUK! Ada jugak yg kurus slim-melim, kolesterolnya sgt tinggi tau...
A.W.A.S.!!!
Kandungan kolesterol dlm darah yg tinggi boleh mengganggu kesihatan jantung. Peningkatan kolesterol dlm darah disebabkan oleh pemakanan seharian kita. Biasanya kolesterol ni dtg pd org yg makan makanan yang mengandungi lemak berlebihan... So, kurang2kan pengambilan lemak yea kawan2....
Kolesterol yg tinggi dlm tubuh mmg bahaya. Kenapa? Sbb boleh menyebabkan pembuluh darah jantung tersumbat & seterusnya terjadilah serangan jantung ataupun radang jantung. Bahaya kan? Lg satu, kolesterol yg tinggi ni jgak boleh menyebabkan pembuluh darah otak jugak tersumbat, and can cause stroke as well. Bahaya nye!!!
Apa yg menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah?
Selain makan makanan yg tinggi kandungan lemaknye, faktor genetik....
Eceli, ada 2 jenis kolesterol dalam badan kita ni, LDL & HDL:
LDL = mendap pd dinding pembuluh darah, bleh membeku & menyebabkan tersumbat
HDL = membersihkan pembuluh darah dr LDL yg berlebihan. Kalau HDL tinggi, tak pe... baik utk tubuh.
Yg kita takut kalau LDL tu yg tinggi...
Ish, ape nak dimakan kalu cm tu? Yg ni x boleh, yg tu x boleh... Stress ni! Jgn risau, ada makanan yg boleh kurangkan kolesterol... Yg penting apa yg kita makan tu adalah makanan yg rendah lemak & kolesterol... Antaranya:
1. Banyakkan buah2an dan sayur2an
2. Bijirin - nasi, gandum, pasta
3. Daging tanpa lemak, daging putih - ayam tanpa kulit
4. Susu rendah lemak
5. Ikan tanpa lemak & kerang
6. Berbagai jenis kekacang & bijian - dlm jumlah yg terhad yea...
7. Minyak masak tidak tepu - kanola, minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak sawit
Selain itu, boleh juga diamalkan makan sesudu minyak zaitun (yg EXTRA VIRGIN tau) setiap hari, pagi & petang (Saya amalkan yg ini). Kita juga boleh ubah cara memasak, kurangkan jenis masakan bergoreng, tukar kpd masakan kukus & grill. Kalau tringin nak makan kari or nasik lemak, boleh gantikan santan kelapa dengan SANTAN KELAPA SAWIT. Kandungan kolesterol santan sawit sangat rendah berbanding santan kelapa. Saya pun dah tukar kpd santan kelapa sawit :)
Jom hidup sihat!!! Tukar style pemakanan, amalkan gaya hidup sihat & bersenam. CEGAH SEBELUM PARAH...
psstt: Dah mcm msg KKM plak :D
Stay tuned... daaaa....
No comments :
Post a Comment