I choose to be happy

I choose to be happy

Monday, March 25, 2013

KHASIAT ASAM JAWA...


Selain utk memasak, asam jawa juga mempunyai khasiat tersendiri... boleh digunakan sebagai ramuan rawatan perubatan sementara.  Murah & mudah didapati... cer tgok kt dapur korang tu, ade kan asam jawa?

DEMAM PANAS
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .
 
SAKIT PERUT
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
  
SAKIT ASMA
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.
  
BATUK/PERIT TEKAK
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.
 
 LUKA/BISUL
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.
  
ALERGI
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan ditapis. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.
 
 BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.

Spt yg sy nyatakan, ni merupakan kaedah rawatan sementara shj... Jika penyakit masih berterusan, nasihat pakar / doktor sgt2 diperlukan.  Tak salah utk kita mencuba... mana tau berkesan.  No harm to try :)

# info diperolehi dr forwarded email to my inbox#

No comments :