I choose to be happy

I choose to be happy

Wednesday, June 22, 2011

Cerita ummi... Kisah 22 June

22 June 2008, mak menghembuskan nafasnya yang terakhir di HTAA Kuantan disebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi.  Mak mmg dah lama sakit, kencing manis dan darah tinggi tlh mendiami badan mak sejak aku belum lahir lg.  Tapi selama itu, mak bertahan dgn makan ubat dan mendapatkan rawatan berterusan dr hospital.  Alhamdulillah, mak dpt bertahan, demi kami anak2nya.  Sehingga kami dewasa, dan ada yg berkahwin, mak masih sihat, masih dpt membela cucu-cucunya.  Mak seronok membela cucu-cucu, sakit sikit2 pun dia sanggup.  Terima kasih mak...

Tapi, mak kalah juga akhirnya, penyakitnya semakin teruk, tetapi masih boleh bertahan.  Sehinggalah, suatu ketika pandangan mak semakin hilang.  Mata mak dah x nampak! Ya Allah, kesian pada mak.  Agak lama jugak  mak berkeadaan begitu, dgn pandangan yg kabur dan jalan mula bertongkat.  Hanya Allah yg tahu sakitnya mak masa itu.  Ingin mengurangkan penderitaan mak, kami adik beradik bersetuju untuk mak buat pembedahan mata, utk buang selaput yg menyebabkan pandangannya itu kabur.  Aku dan adik, Ayu membawa mak ke Kuala Terengganu utk pembedahan tersebut.  Tapi mak nak buat sebelah mata je dulu.  Alhamdulillah, pembedahan berjaya.  Smpai kini, aku masih ingat saat doktor membuka balutan matanya dan menyuruh mak buka mata, senyuman mak menggambarkan yg mak sgt gembira. Doktor tanya, "mak cik kenal sape ni?" sambil ditunjuk ke arah aku.  Dengan senyuman yg masih belum lekang di bibirnya, mak angguk "kenal, anak makcik ni".  Aku gembira tgok mak masa tu, seolah2 wajahnya memberitahu yg dia lega sangat dan tak sangka yg dia boleh nampak semula.  Dan kami merancang utk membuat pembedahan mata kedua selepas kesan pembedahan mata pertama tu sembuh sepenuhnya.  Tp apa kan daya, Allah lebih menyayangi mak.... Mak tlh dipanggilNya. Kami redha.  Tak sanggup dah kami melihat mak menderita sakit.  Kami tahu Allah menyayangi mak...

Kini, sudah 3 tahun mak meninggalkan aku dan adik beradik, meninggalkan kami dgn memori2 pahit dan manis kami bersama.  Saat2 bersama mak sentiasa bermain di kotak fikiranku, lancar, seolah2 VCD player menayangkan sebuah movie.  Aku tak akan menghapuskan kenangan2 itu, ingin ku bawa bersama kenangan2 itu seumur hayatku.  Aku tak akan izinkan ianya terpadam dari ingatanku.  Terkadang sesal menyelubungi  perasaan, kenapa mak pergi sblum sempat aku melakukan sesuatu yg terbaik utknya. Aku selalu berniat nak buat itu ini utk mak, tp semuanya akan disudahi dgn "nantilah...".  Ya Allah, aku tau bukan masa utk aku longgokkan sesalku pada ketika ini....  Sesungguhnya aku daif, khilaf, aku menganggap seolah2 mak akan sentiasa bersama kami smpai bila2.  Aku berharap ini akan jd pengajaran buatku.

Ketika ini, aku hanya mampu utk berdoa dan terus berdoa, semoga mak tenang di sana, ditempatkan bersama2 org2 yg disayangi Allah dan beriman.  Mak adalah sebaik2 isteri, sebaik2 ibu.  Ya Allah, kau ampunilah dosa mak. Sehingga selamanya, kami sentiasa menyayangi mak, hanya iringan Al Fatihah yg dpt kami kirimkan bersama mak. Amin.

Saturday, June 18, 2011

Cerita Ummi....What Women Want in a Man?

Believe it.... :)

1. Handsome
2. Charming
3. Financially successful
4. A caring listener
5. Witty
6. In good shape
7. Dresses with style
8. Appreciates finer things
9. Full of thoughtful surprises
10. An imaginative, romantic lover

Revised List (age 32):

1. Nice looking (prefer hair on his head)
2. Opens car doors, holds chairs
3. Has enough money for a nice dinner
4. Listens more than talks
5. Laughs at my jokes
6. Carries bags of groceries with ease
7. Owns at least one tie
8. Appreciates a good home-cooked meal
9. Remembers birthdays and anniversaries
10. Seeks romance at least once a week

Revised List (age 42):

1. Not too ugly (bald head OK)
2. Doesn't drive off until I'm in the car
3. Works steady ” splurges on dinner out occasionally
4. Nods head when I'm talking
5. Usually remembers punch lines of jokes
6. Is in good enough shape to rearrange the furniture
7. Wears a shirt that covers his stomach
8. Knows not to buy champagne with screw-top lids
9. Remembers to put the toilet seat down
10. Shaves most weekends

Revised List (age 52):

1. Keeps hair in nose and ears trimmed
2. Doesn't belch or scratch in public
3. Doesn't borrow money too often
4. Doesn't nod off to sleep when I'm venting
5. Doesn't re-tell the same joke too many times
6. Is in good enough shape to get off couch on weekends
7. Usually wears matching socks and fresh underwear
8. Appreciates a good TV dinner
9. Remembers my name on occasion
10. Shaves some weekends

Revised List (age 62):

1. Doesn't scare small children
2. Remembers where bathroom is
3. Doesn't require much money for upkeep
4. Only snores lightly when asleep
5. Remembers why hes laughing
6. Is in good enough shape to stand up by himself
7. Usually wears clothes
8. Likes soft foods
9. Remembers where he left his teeth
10. Remembers that its the weekend

Revised List (age 72):

1. Breathing
2. Doesn't miss the toilet

Wednesday, June 15, 2011

dari abah : kerete eksiden

13 Jun 2011 : Isnin, 6.00 pm - 6.30 pm
salam
pada hari senin petang, lepas abah amik anak2 dari daycare, pada ketika jalan agak sibuk, speed pun dalam 30-40 km/j...tiba2 kereta depan brek sebab ada kereta lain nak masuk simpang, abah pun brek jugak la...apa lagi..anak2 terpelanting kedepan...tapi sebab bawak slow..takde la yg cedera....memang kebiasaan lepas brek mengejut..abah akan nengok cermin pandang belakang takut2 ada kereta lain kat belakang...memang sah..ada sebuah kerete warna putih meluru...dalam hati ... abih la,eksiden dah krete aku ni...
dam!!! memang eksiden!. abah kool jer...tengok kiri kanan, drive krete ketepi jalan...kerete yang melanggar pun drive ketepi jalan....kluwa dari krete, g nengok belakang kerete..bumper kemek, bonet terjongket skit, cover lampu kiri pecah...
abah pun g la kat kerete yang melanggar, kereta viva..driver krete tu pun dah kluwa nengok krete dia...driver tu bising2 membebel...abah maintain kool...dalam ati bedebar2..kot kang gaduh ke apa ke...
abah slow talk ngan dia...cakap kerete depan abah stop tiba2,terpaksa brek...
lepas tu...abah pun call kawan2 tanya pendapat...maklumla tak pernah eksiden, dapat la nasihat2 berguna..
malas nak lama2..takut jadi apa2...abah cakap nak g buat repot polis, boleh buat claim insuran..
tengah2 cakap2 tu..ada sorang ni(agaknya geng towing kerete eksiden kot) dia cakap brader yg langgar ni lesen "P", kalau repot polis...silap2 lesen dia kena tarik balik...kesian la pulak...lagi pun nampak kerete abah takde la cedera parah...tak perlu pun sampai claim insuran...
so slow talk lagi ngan brader yang langgar tu, nama dia Din...kalau dia bayar kos baiki...tak payah la report polis...brader tu pun call kawan dia dari bengkel Joe Garage AutoPart, tokey bengkel nama dia Joe nengok..dia kata dia boleh baiki...brader yg langgar tu kata dia akan tanggung kos...so...ok la cam tu...tukar2 no phone, abah kata esok hantar kereta g bengkel kawan dia...waktu tu dah kol 6.30 petang...balik je la rumah..esok setelkan krete..malam tu terpikir...kalau Din ni tak bayar...abih la kena bayar sendiri...
next day, gi kerja tumpang kereta ummi, dalam tengahari abah kontek Din..nak konfirmkan pasal bayaran bengkel..dia kata ok...so...dalam kol 2 lebih abah hantar kereta g bengkel Joe Garage AutoPart di Cengal Lempong. Jumpa ngan tokey kedai, cakap pasal kos, pastu tinggal kereta.
Dalam kol 6.45 petang dapat call dari Din kata kereta dah siap, bumper kena tukar...tapi tak cat la...abah pun tak suruh cat sebab memang kreta tu patut kena cat satu body...cat dah buruk...ahahah
itulah cerita tragis pada minggu ini...so nak ucap terima kasih pada Din (brader yg langgar) sebab bayar kos baiki, mudah2an dimurahkan rezeki,  Brader Joe (tokey bengkel) sebab dapat siapkan kereta dengan cepat.
Pengajaran kat sini, jangan la eksiden...susah nak g kerja, susah nak amik anak, susah nak setel ngan org, susah wa cakap lu!!!
dapat bumper baru...huhu

Sunday, June 12, 2011

dari abah : aktiviti malam minggu

10 Jun 2011, Jumaat Malam Sabtu

Salam
malam sabtu lepas, kitorang g makan kat luar..lame dah dok g makang luwo.
so...kitorang g kedai nama al-fatani, dekat dengan petronas beserah.

kitorang pilih meja di luar kedai...pakai lampu jalan jer...sebab tu gamba2 kat kedai ni kuning jer...
pastu..masing2 order yg ringan2 jek (ringan ke?)...menu kitorang, tgok gamba bawah ikut dari kiri pusingan jam, nasik goreng ngan air barli sejuk, nasik goreng USA dengan limau suam, nasik paprik ayam dengan limau suam, nasik goreng daging merah dengan milo suam.


mknan kt sini not bad, sdap2 jgak... cuma kuantiti tu agak sikit berbanding kedai favorite ktorang yg lain... tp ok la for makan malam, kenyang jgak. sebab tu org ramai...cuma parking memang susah...kena park kat bahu jalan jer.

perut pun dah kenyang, malam pun masih muda..cewah...kitorng pun decide nak g jalan2 kat Teluk Cempedak. kebetulan malam tu ada maharaja lawak di dewan konvensyen, so patutnya takde la org kat TC...tapi semacam je ramai..diorang ni  takde tempat lain ke nak lepak? hehhe
banyak gerai2 cenderamata, pelukis pun ada 2,3 org kalau korang berminat nak lukis gamba muka masing2..



gerai makan pun banyak....seafood..tak seafood..macam2 ada..


lebih kurang jam 10.30, mata pun dah ngantuk...kitorang pun balik...
yang herannya...makin banyak kereta datang ke TC...parking makin ketengah malam, makin penuh...
maybe diorang ni homeless kot...tak pun kena halau dari rumah...hahaha


ok la takat tu je untuk sesi mengabis masa kitorang...adios!!!

Saturday, June 11, 2011

dari abah : last week

5 Jun 2011 Ahad
lepas hantar anak2 g kelas art, abah g kuantan parade. sebab kelas art tu 2 jam, dari jam 3 sampai 5.
siap bawak kamera..kot2 ada aksi2 panas..leh gak klik2
sampai2 kat KP, ada pertandingan karaoke la pulak...peserta dia ramai veteran2..lagu2 pun 70an jer...ada la 3,4 org budak2 muda bertanding...ok la skit...lagu2 baru...

  

sambil2 tu pusing2 la kat KP, tengok sana..tengok sini.. pastu klik sana..klik sini
sapa kata budak muda jer lepak kat shopping komplek...tabik otaiiiiiiiiiii

agak2 dekat kol 5..anak2 pun dah nak kluwa dari kelas art..abah pun kluwa dari KP...pastu klik2 lagi sepanjang jalan ke kelas anak2
giler court mammoth...raya lagi 3 bulan la

konvoi cam ni kira rempit ke tak? penuh jalan haa

patut la bas banyak eksiden

betulllll....bukan aku buat krete tu pancit

baik boss

dewan orang ramai di peramu..agaknya terlalu ramai org kot

berpantang ajal yer pakcik...


Thursday, June 9, 2011

Cerita ummi.... EAT THAT FROG!! eeeeeeeeyuuckkkkkk....


What?? eat frog? Crazy!!!

It is actually a phrase that we use to describe how we plan when doing something... If you have few things to be ready at the similar time, it is better for you to do the one that you HATE MOST (the frog la..) first! Is that true?? Yeah, it works for almost of the time la kot, or might works for some people, especially the organized one :)

When we don't like a thing, we don't feel of doing it, right? So, we tend to put it as "do it later la..."  and, when the deadline is just around the corner (or is over?), we won't be able to complete it, so bad kan!

On the other hand, we'll definitely put 110% effort to do things that we like, no matter how, what and when!  That's the reason, why we need to eat the frog first, because you'll take longer time to finish it, as compared to eating strawberry trifle ke, RV cake ke, cheesecake ke, surely sekelip mata dah LICIN kan? Wow, yummy.... But the truth is, right now, in front of me is the FROG!!!!! Sigh........ Go away frog!!!


hehehe... my frog :((

Wednesday, June 8, 2011

Cerita ummi... MACAM2 AFIQ

buayan??? 

how sweet, my afiq gave me this as a mother's day gift...

apa yg YA nye afiq??

ooo, inilah orgnye :)

english n indon :)
 He cried when i took these pics... how manja :)

Cerita ummi... RING




Going to the office without my rings on my fingers? Feel EMPTY... feeling bad.  What's so special? It is just a ring.... yup, it's just a ring, but the story behind the ring made it so special... 

I wear 2 rings (actually i have 3, but the other 1 become SMALLER :)).  1 was given by my husband during merisik, it was 12 years ago (but replaced with the new one to suit my "perkembangan semasa"... hahaha...),  1 was my engagement ring (dah x leh pakai, but still keep it, sayang weh, that's why x tukar, wait until i can wear it again... hehehe), 1 was given by my husband (of course la, who else yg nak bagi???) during aidilfitri (cannot remember when...6 years back kot).  But i have no wedding ring :)

Talking about ring, have you ever wondered why you wear ring on your left finger? Tradition? Actually, wearing engagement ring on the 4th finger of the left hand was found among the Egyptians, that they believe the vein of love flow directly from the heart to the top of the finger... cewah.  Is it true? It is a tradition... As for me, wearing those rings on the fingers on my right hand make my finger / hand look ugly, n rimas, especially when doing the house chores :)
teringin nak cincin emas putih :)

dari abah : nak cari tablet PC

salam,
semalam during lunch time, pi kedai komputer nak cari tablet pc. plannya kalau ada tablet pc senang nak ber`internet' at any time anywhere. lagipun buleh la simpan tablet tu dalam handbag ummi....hahahaha..
ciri-ciri yang kena ada pada tablet tu
1. saiz - biar sedap mata memandang..bukan pandang tablet..pandang content dokumen..kang kecik sangat..rabun pulak
2. broadband - wifi semua tablet ada..tapi tak semua tablet buleh pakai broadband maxis ke, celcom ke..lagipun wifi ni tak semua tempat ada
3. harga - part ni yg susah ni, bajet ciput tapi hajat nak besar. beza tablet yg support broadband dengan yg tak support dalam rm500. banyak woooo
ada la jumpa 2,3 tablet yg ok, antaranya galaxy tab, acer conia, asus eee transformer, prolink, semua harga diantara rm1,500 - rm2,000. yg cap ayam ada banyak...harga dalam rm250 - rm 1000. support broadband jugak tetapi hanya untuk product huawei...leceh
dari segi OS, ada pakai window 7, ada pakai android...yg pakai windows 7 slow skit...biasa la windows kan berat skit, tapi yg bestnya buleh install any windows software. yg pakai android laju skit...tapi software limited, kecuali untuk games...
so..pikir punya pikir punya pikir....hold dulu la...tunggu kot2 ada yg memenuhi ciri2 yang dikehendaki dan harga dalam rm1000 kebawah...agak2 ada tak...hahahahahah

nak yg cmni la, tp murah, aci??

Monday, June 6, 2011

Cerita ummi... I'm back!

WEEKEND OH WEEKEND!!

Just came back from KL, outstation. Sigh, no weekend last week :(
It's ok, demi tugas ummi! Ok la, ok la... Still have another weekend to enjoy n having double fun (cover balik last week.. hehehe...) Yess! But wait, oh no!!!!!!!!!!!!! Need to work on next saturday n sunday? Oh, my another weekend... sob...sob... It's ok ummi, demi tugas! Meaning, i will be working for 18 days, with no off day! Superb! Berkorban apa saja la nih... Will do my very best, yet can't wait for the next weekend (if any, hehehe) to have double triple fun with my hubby n kiddos.

What i have in mind right now? (Selain nak berfoya2 la..) My house... not at home during weekend, paham2 je la the LOOK of my house. That's another reason why i really need WEEKENDS... nmpaknye x relax jugak la next weekend :(

Sunday, June 5, 2011

dari abah : menu sotong masak kunyit

salam,
baru lepas prepare lunch untuk hari ni, macam biasa menu ini sangat sesuai untuk bapa2 diluar sana yang tak reti masak dan malas nak kluwa g makan kat kedai....
menu simple ni pun dapat dari ummi, cuma takde la sama sangat ...ejas la ikut suka hati..hahaha...chef wan pun main taruk jer,..tapi org dok puji-puji...

ok, bahan2nya
1. sotong dah potong kecik2
2. garam
3. bawang putih & bawang merah
4. minyak
5. kunyit

cara2nya
1. tumbuk bawang putih + merah
2. panaskan minyak sikit, tumis bawang tu sampai naik bau
3. taruk kunyit..jangan banyak sangat..cuma untuk kaler jer...kekuningan...nak buh kaler lain pun buleh..ikut selera
4. agak2 1,2 minit..taruk sotong tadi...pastu taruk garam skit...terlebih kang masin sangat..kang nak makan tak rasa masin...buh la kicap...sempoi
5. takyah taruk air..sebab sotong tu memang dah berair...
6. kejap2, kacau2 la...bila dah agak kecut sotong tu...air dah agak2 kering..kira masak la tu, buleh angkat dan hidang
kalau tak sure masak ke tak, ambik la seketui..rasa..tak sure lagi..ambik seketui lagi..sampai habis



selamat mencuba



sotong masak kunyit...kalau nak sama macam kat kedai..g kedai beli yg dah siap masak

Saturday, June 4, 2011

dari abah : menu telur masak kicap

salam,
baru lepas dinner lauk telur masak kicap, sangat sesuai untuk bapa2 diluar sana yang tak reti masak dan malas nak kluwa g makan kat kedai....
menu simple ni abah dapat dari ummi, sangat-sangat simple...bukan taknak tengok buku menu, tapi bila nampak banyak sangat bahan2..rasa nak pitam!!

ok, bahan2nya
1. telur
2.kicap
3. garam
4.air
5. bawang putih & bawang merah
6. minyak

cara2nya
1. goreng telur dulu
2. tumbuk bawang putih + merah
3. panaskan minyak sikit, tumis bawang tu sampai naik bau
4. taruk kicap, eloknya kicap manis
5. agak2 2,3 minit..taruk air skit agak2 tenggelam telur...kalau nak masin lebih, buleh buh garam skit..sebab kicap pun dah agak masin
6. bila dah didih, taruk telur
7. lepas 2,3 minit....angkat..hidangkan

so far, anak2 suka ngan menu tu....ehheh
selamat mencuba
memang tak lawa...janji sedap buleh makan

my-citra -> ce-cerita

today, we change our blog name to "ce-cerita".
Why? we need a universal name instead of a car name. Today we are using Naza Citra, what if we change our car to Ferrari 599 GTB with the price  RM1 million, so the blog name also change lah...hahah..please...
actually the word  "ce-cerita" is common, semua org sebut especially in hantu kak limah the movie. and easy to remember (for you to remember,..hahaha)
err.... macam jawab exam pulak. no..no..this is not explaining, but PROMOTING...
see ya..  :)

Friday, June 3, 2011

dari abah : masjid di sungai karang, kuantan

gambar diambil pada suatu petang dari atas bukit di sg karang

dari abah : myvi dalam kenangan

myvi semasa di kampung..suasana damai desa



myvi, now at kedai used car... sedih :(




dari abah : ummi outstation

ummi outstation dari jumaat sampai ahad. pasal makan ummi tak perlu risau sebab abah dah setkan menu untuk anak2 kita.
1. Jumaat malam : makan roti + kaya
2. Sabtu pagi : makan roti + kaya
3. Sabtu tengahari : makan nasik + lauk telur masak kicap
4. Sabtu malam : makan roti + kaya
5. Ahad pagi : roti canai
6. Ahad tengahari : makan nasik + lauk telur masak kicap
7. Ahad malam :  makan roti + kaya

mewah sungguh makanan diorang, berkhasiat!!!

Thursday, June 2, 2011

dari abah : hari 3, nak hantar Baqi masuk Pusat Asasi UIA

hari ni nak balik Kuantan, puas dah rasanya dok KL.
pagi tu, sembang la ngan mak pasal langsir, cerita ler kitorang ada beli rel langsir kat IKEA, dia berkenan la pulak. senang cerita..sebelum balik rumah masing2, semua nak g IKEA.
kita ni kalau berjalan kat KL kena pakai GPS sebab tak tau jalan...nak jadi cerita, GPS yg selama ni ok tiba2 buat hal...tah kemana2 dia bawak...time tu rasa nak pijak2 jer GPS tu...nak g Damanasara, aleh2 GPS bawak g Sg Way...ceh
lepas reset GPS tu...nampak cam ok..sampai gak ke IKEA.
macam biasa, ummi lekat la 2,3,4,5 barang..hahaha...takpe..bayar sendiri. mak pulak 5,6,7,8,9 barang... dasyat betui kalau dah termasuk dalam IKEA. kepada sapa2 di luar sana..jangan jejak kaki kat IKEA kalau taknak kena sampok ngan hantu dalam tu...paling kurang pun kena pukau..:)
Lepas puas shopping, singgah lunch kat Sri Gombak. Pastu ikut haluan masing2. Kitorang balik Kuantan, abah,mak balik Jengka.

ummi merempit...dia ingat kita tak nampak meter dia kot..;)

pemandangan jam 7 malam di LPT

exit ke plaza tol kuantan

 Sampai rumah, bukak bonet..mak datuk..punya banyak barang. macam cerita Ali Baba Bujang Lapok...balik bawak harta rampasan...hahahah..
sebab tu nak tukar kereta..kalau still pakai myvi..semua org  kena dok atas bumbung

Adios!

Cerita ummi....


Alamak, too lazy to write... but want to post as many things as i could! So excited, but no idea... It's ok, just layan pics of my interest. Insyaallah, will upload many more similar posts, related to masak2 n makan2, boleh?

Cerita ummi - attended cup cake class!

Hi all... being a woman, cooking & baking make me happy :) Preparing simple recipes for my beloved family, with secret ingredients, LOVE (cannot be bought anywhere, ok!) is my desire. But sorry friends, i have to master myself first, then only i could share my cookings with you guys... takut x sedap :(




Back to the story, last month i attended a class, baking & decorating cup cakes organized by Kolej Komuniti. Believe me, the fees so damn cheap! We only pay RM20, n dtg berlenggang for 2 days, n bring back home more than 20pcs of cc! I like.... berbaloi2. Now i could consider myself an amateur kot... hahahah... open for order now! Just kidding :))

dari abah : hari 2, nak hantar Baqi masuk Pusat Asasi UIA

Sabtu 28/5/2011

Semua org nak hantar pakcik g UIA. Pendaftaran dari jam 8.30 - 12.30 untuk student engineering.
Bertolak dari rumah jam 9.30 pagi.

Pegi dengan 2 buah kereta, punya ramai menyebok...hahahah
On the way dari Bangi ke UIA, PJ kena lalu satu tol..tak ingat apa nama tol tu. nampak la pak guard dia tengah jaga tol..jaga dalam mimpi je ...tengah2 org ramai lalu lalang..dia tido!!!
sampai UIA lebih kurang jam 10 lebih..org pun dah ramai...security UIA dah tak bagi masuk kereta ke dalam kawasan UIA, terpaksa parking tepi jalan besar

The best part bukan pendaftaran, tapi melawat gerai-gerai yg jual macam-macam. kitorang cam biasa, tak g la gerai2 sebarang...mest g gerai yg jual makanan punya...hahaha...
Dah siap pendaftaran, g asrama pulak. Baqi dapat kolej Umar Al-Khatab, tingkat 3..jenuh naik tangga. Semua ikut masuk asrama, satu bilik kongsi 4 org. ok la tu...takde la sesak macam dorm masa skolah dulu.
Asramanya buruk skit. conteng sana sini. patutnya UIA cat dulu sebelum budak2 masuk.
dah selesai semua, kitorang semua kecuali Baqi plan nak g MidValley Megamall, dah separuh jalan nampak banner ada expo kat MidValley, terus kansel g sana. sure parking takde. 
Semua balik semula ke Bangi, semua dah penat menunggu pendaftaran tadi, hari panas pulak tu. 
Aktiviti petang, TIDO!!!!!!!!!!!!!!

dari abah : hari 1, nak hantar Baqi masuk Pusat Asasi UIA

Jumaat 27/5/2011
Semua orang bangun awal pada hari ni. Seronok agaknya sebab nak berjalan jauh. Pada hari ini kitorang akan ke KL. Kitaorang akan berkumpul bersama abah, mak dan adik beradik kat rumah adik di Bangi sebab esoknya semua nak menyebok hantar Baqi ke Pusat Asasi UIA, PJ.
Lebih kurang jam 7.30 pagi perjalanan pun bermula. Tempat pertama yang dituju ialah kedai makan...lapo weh.
Kitorang breakfast kat Restoran Zaman dekat dengan kem askar batu 10.
segan nak ambik gamba dari depan...amik dari tepi..tapi cerah sangat ler pulak


Menu brekfast sudah semestinya nasi lemak panas-panas. Kat restoran ni, nasi lemak ambik sendiri kat bahagian pembungkusan.Beratur ramai-ramai tunggu nasi lemak. Kitorang ambik 6 bungkus (agak tamak sikit..:)) untuk 4 orang makan.


siap bungkus dengan daun pisang .. real betui

ni sambal nasi lemak... bukan darah yer...


Susu punya la banyak lebih...kalau habiskan sure kena kencing manis time tu jugak
Dah brekfast, perut kenyang dan hati pun senang...perjalanan diteruskan. Singgah kejap kat gerai jual keropok. Cari keropok lekor untuk jadi buah tangan bawak g KL.
satu kedai ni je bukak pagi-pagi
Perjalanan kitorang akan melalui lebuhraya pantai timur, masuk melalui plaza tol Gambang. Sepanjang menuju ke tol dapat la amik gamba 2,3 keping.
anakanda memang suka bersidai tepi tingkap...banyak menda boleh nengok

kitorang saja bagi can kereta ni potong

motor ni boleh gerak pakai kaki...save bajet minyak naik harga

jenuh kreta ni nak potong...kali ni tak kasi can

baru perasan...kalau nengok tol ni menuju ke gunung tahan

motor besar, otak kecik...buleh dia bawak wrong way atas highway















































































baru kejap perjalanan, ada pulak nak buang air...berenti pulak kat R&R Gambang


dah setel masalah-masalah di R&R Gambang. Kitorang plan untuk berenti di Genting Sempah pulak. Buleh isi minyak kereta dan ngeteh sekali, betulkan urat2.

control supaya tak terlebih...hopefuly takde la saman

kasi can porche potong



burung2 pun ikut sekali ngeteh

Sampai KL, tempat pertama kitorang singgah ialah IKEA. tempat wajib tiap kali g KL. pastu dah masuk IKEA, mesti ada bende sangkut..hahaha...takpe ummi bayar...
anak2 pun suka makan kat food court...abah paling suka coffee free...bayar sekali, refill banyak kali...




Lepas IKEA, singgah kejap Alamanda di Putrajaya. Hari pun dah petang, kaki pun dah lenguh-lenguh,terus g umah adik di Bangi untuk berehat sebab esok nak gi UIA pulak.