I choose to be happy

I choose to be happy

Thursday, June 2, 2011

dari abah : hari 1, nak hantar Baqi masuk Pusat Asasi UIA

Jumaat 27/5/2011
Semua orang bangun awal pada hari ni. Seronok agaknya sebab nak berjalan jauh. Pada hari ini kitorang akan ke KL. Kitaorang akan berkumpul bersama abah, mak dan adik beradik kat rumah adik di Bangi sebab esoknya semua nak menyebok hantar Baqi ke Pusat Asasi UIA, PJ.
Lebih kurang jam 7.30 pagi perjalanan pun bermula. Tempat pertama yang dituju ialah kedai makan...lapo weh.
Kitorang breakfast kat Restoran Zaman dekat dengan kem askar batu 10.
segan nak ambik gamba dari depan...amik dari tepi..tapi cerah sangat ler pulak


Menu brekfast sudah semestinya nasi lemak panas-panas. Kat restoran ni, nasi lemak ambik sendiri kat bahagian pembungkusan.Beratur ramai-ramai tunggu nasi lemak. Kitorang ambik 6 bungkus (agak tamak sikit..:)) untuk 4 orang makan.


siap bungkus dengan daun pisang .. real betui

ni sambal nasi lemak... bukan darah yer...


Susu punya la banyak lebih...kalau habiskan sure kena kencing manis time tu jugak
Dah brekfast, perut kenyang dan hati pun senang...perjalanan diteruskan. Singgah kejap kat gerai jual keropok. Cari keropok lekor untuk jadi buah tangan bawak g KL.
satu kedai ni je bukak pagi-pagi
Perjalanan kitorang akan melalui lebuhraya pantai timur, masuk melalui plaza tol Gambang. Sepanjang menuju ke tol dapat la amik gamba 2,3 keping.
anakanda memang suka bersidai tepi tingkap...banyak menda boleh nengok

kitorang saja bagi can kereta ni potong

motor ni boleh gerak pakai kaki...save bajet minyak naik harga

jenuh kreta ni nak potong...kali ni tak kasi can

baru perasan...kalau nengok tol ni menuju ke gunung tahan

motor besar, otak kecik...buleh dia bawak wrong way atas highway















































































baru kejap perjalanan, ada pulak nak buang air...berenti pulak kat R&R Gambang


dah setel masalah-masalah di R&R Gambang. Kitorang plan untuk berenti di Genting Sempah pulak. Buleh isi minyak kereta dan ngeteh sekali, betulkan urat2.

control supaya tak terlebih...hopefuly takde la saman

kasi can porche potong



burung2 pun ikut sekali ngeteh

Sampai KL, tempat pertama kitorang singgah ialah IKEA. tempat wajib tiap kali g KL. pastu dah masuk IKEA, mesti ada bende sangkut..hahaha...takpe ummi bayar...
anak2 pun suka makan kat food court...abah paling suka coffee free...bayar sekali, refill banyak kali...




Lepas IKEA, singgah kejap Alamanda di Putrajaya. Hari pun dah petang, kaki pun dah lenguh-lenguh,terus g umah adik di Bangi untuk berehat sebab esok nak gi UIA pulak.


No comments :