22 June 2008, mak menghembuskan nafasnya yang terakhir di HTAA Kuantan disebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi. Mak mmg dah lama sakit, kencing manis dan darah tinggi tlh mendiami badan mak sejak aku belum lahir lg. Tapi selama itu, mak bertahan dgn makan ubat dan mendapatkan rawatan berterusan dr hospital. Alhamdulillah, mak dpt bertahan, demi kami anak2nya. Sehingga kami dewasa, dan ada yg berkahwin, mak masih sihat, masih dpt membela cucu-cucunya. Mak seronok membela cucu-cucu, sakit sikit2 pun dia sanggup. Terima kasih mak...
Tapi, mak kalah juga akhirnya, penyakitnya semakin teruk, tetapi masih boleh bertahan. Sehinggalah, suatu ketika pandangan mak semakin hilang. Mata mak dah x nampak! Ya Allah, kesian pada mak. Agak lama jugak mak berkeadaan begitu, dgn pandangan yg kabur dan jalan mula bertongkat. Hanya Allah yg tahu sakitnya mak masa itu. Ingin mengurangkan penderitaan mak, kami adik beradik bersetuju untuk mak buat pembedahan mata, utk buang selaput yg menyebabkan pandangannya itu kabur. Aku dan adik, Ayu membawa mak ke Kuala Terengganu utk pembedahan tersebut. Tapi mak nak buat sebelah mata je dulu. Alhamdulillah, pembedahan berjaya. Smpai kini, aku masih ingat saat doktor membuka balutan matanya dan menyuruh mak buka mata, senyuman mak menggambarkan yg mak sgt gembira. Doktor tanya, "mak cik kenal sape ni?" sambil ditunjuk ke arah aku. Dengan senyuman yg masih belum lekang di bibirnya, mak angguk "kenal, anak makcik ni". Aku gembira tgok mak masa tu, seolah2 wajahnya memberitahu yg dia lega sangat dan tak sangka yg dia boleh nampak semula. Dan kami merancang utk membuat pembedahan mata kedua selepas kesan pembedahan mata pertama tu sembuh sepenuhnya. Tp apa kan daya, Allah lebih menyayangi mak.... Mak tlh dipanggilNya. Kami redha. Tak sanggup dah kami melihat mak menderita sakit. Kami tahu Allah menyayangi mak...
Kini, sudah 3 tahun mak meninggalkan aku dan adik beradik, meninggalkan kami dgn memori2 pahit dan manis kami bersama. Saat2 bersama mak sentiasa bermain di kotak fikiranku, lancar, seolah2 VCD player menayangkan sebuah movie. Aku tak akan menghapuskan kenangan2 itu, ingin ku bawa bersama kenangan2 itu seumur hayatku. Aku tak akan izinkan ianya terpadam dari ingatanku. Terkadang sesal menyelubungi perasaan, kenapa mak pergi sblum sempat aku melakukan sesuatu yg terbaik utknya. Aku selalu berniat nak buat itu ini utk mak, tp semuanya akan disudahi dgn "nantilah...". Ya Allah, aku tau bukan masa utk aku longgokkan sesalku pada ketika ini.... Sesungguhnya aku daif, khilaf, aku menganggap seolah2 mak akan sentiasa bersama kami smpai bila2. Aku berharap ini akan jd pengajaran buatku.
Ketika ini, aku hanya mampu utk berdoa dan terus berdoa, semoga mak tenang di sana, ditempatkan bersama2 org2 yg disayangi Allah dan beriman. Mak adalah sebaik2 isteri, sebaik2 ibu. Ya Allah, kau ampunilah dosa mak. Sehingga selamanya, kami sentiasa menyayangi mak, hanya iringan Al Fatihah yg dpt kami kirimkan bersama mak. Amin.
Story of my beautiful life... I want to live my life in my own way... I don't need to be rich and famous, I just want to be happy...
I choose to be happy
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment