Semua org nak hantar pakcik g UIA. Pendaftaran dari jam 8.30 - 12.30 untuk student engineering.
Bertolak dari rumah jam 9.30 pagi.
Pegi dengan 2 buah kereta, punya ramai menyebok...hahahah
On the way dari Bangi ke UIA, PJ kena lalu satu tol..tak ingat apa nama tol tu. nampak la pak guard dia tengah jaga tol..jaga dalam mimpi je ...tengah2 org ramai lalu lalang..dia tido!!!
sampai UIA lebih kurang jam 10 lebih..org pun dah ramai...security UIA dah tak bagi masuk kereta ke dalam kawasan UIA, terpaksa parking tepi jalan besar
The best part bukan pendaftaran, tapi melawat gerai-gerai yg jual macam-macam. kitorang cam biasa, tak g la gerai2 sebarang...mest g gerai yg jual makanan punya...hahaha...
Dah siap pendaftaran, g asrama pulak. Baqi dapat kolej Umar Al-Khatab, tingkat 3..jenuh naik tangga. Semua ikut masuk asrama, satu bilik kongsi 4 org. ok la tu...takde la sesak macam dorm masa skolah dulu.
Asramanya buruk skit. conteng sana sini. patutnya UIA cat dulu sebelum budak2 masuk.
dah selesai semua, kitorang semua kecuali Baqi plan nak g MidValley Megamall, dah separuh jalan nampak banner ada expo kat MidValley, terus kansel g sana. sure parking takde.
Semua balik semula ke Bangi, semua dah penat menunggu pendaftaran tadi, hari panas pulak tu.
Aktiviti petang, TIDO!!!!!!!!!!!!!!
No comments :
Post a Comment